14 December 2010

Orang Melanau Matu-Daro....Darimanakah Asalnya?

Akhir-akhir ini saya sering tertanya-tanya pada diri sendiri, dari mana asal-usulnya 'bangsa Melanau' yang ada di daerah Matu dan Daro?, Jika nak difikirkan...seolah-olah pertanyaan yang ada dalam kepala saya ini seperti satu soalan yang tidak perlu saya persoalkan. Tapi hati saya ini tetap ingin tahu, dari mana sebenarnya bangsa saya boleh berada di daerah ini.(Nota: Beritahu saya jika anda tahu)

Jarang sekali saya mendengar orang bercerita tentang asal-usul bangsa kami, malah pernah suatu ketika dulu saya cuba untuk menyingkap dan merujuk dari buku-buku termasuklah 'ensaiklopedia Sarawak Journal' tetapi sukar sekali untuk menjumpai catatan tentang bangsa Melanau amnya dari masyarakat kami dari daerah Matu-Daro. Ma'af, bukan tujuan saya untuk mempersoalkan kewujudan bangsa Melanau Matu Daro yang ada di daerah ini tetapi cuma terkilan, apakah tiada langsung catatan sejarah atau catatn antropologi tentang masyarakat kami. 

Pernah suatu ketika dahulu ketika saya belajar tentang antroplogi dalam pelancongan, saya bertanya kepada seorang Prof. 'mengapa sukar sekali untuk melihat catatan tentang bangsa Melanau di Sarawak ini? Prof itu itu berkata....agaknya, tidak banyak yang dapat ditulis tentang bangsa Melanau berbanding dengan tamadun bangsa Iban, Ini mungkin disebabkan ketamadunan bangsa Melanau seakan-akan seperti bangsa Melayu. Seingat saya, begitulah jawapan Prof tersebut.

Hinggalah sampai ke hari ini, saya masih tercari-cari bagaimana hendak mendapatkan segala latarbelakang sejarah, samada mitos ataupun legenda tentang masyarakat kami ini. Alangkah baiknya jika ada cendiakiawan dari golongan bangsa atau masyarakat kami sendiri yang mahu mengumpul semua fakta, membuat kajian seterusnya menulis tentang perkara ini. Saya sendiri teringin sangat hendak mengetahui apa sahaja cerita tentang masyarakat Melanau kami supaya dapat saya ceritakan kepada anak-anak saya agar mereka tahu asal-usul nenek moyang mereka sendiri. Sebab semakin hari, kebanyakkan perihal masyarakat kami bangsa Melanau Matu-Daro seakan-akan semakin hilang. Jika anda terbaca akan catatan saya ini, tanyalah pada sendiri bagaimana ianya hilang? Anda kan tahu jawapannya, biarpun sedikit..........

4 comments:

  1. salam alhamdullilah telo udah berjaya mencapai hasrat bergompul bangsa semuah telo teng MIRI, mudahan mudahan telo kenaan gak silaturahim samah telo semuah , ehlah cara telo bak mudik teng tet tao eh, kah telo may berkontek dengah pegen susah telo bak jemaak samah telo debe kuman dayah, selamat serta kalong taniah atas keyaan PRN- ke 10 YB ABU SEMAN JAHWIE teng N 38 JEMORENG 16 APR 2011

    ReplyDelete
  2. assalammulaikum...ko sangat berminit dgn hajat mo ko pun tengah mengumpul maklumet pasel melanau inyallah wujub jaong bup paling kurang pun kertas kerja, mungkin hajet mo dun aken nyadi kenyataan ko aken kemukankan tajuk the origin of melanow... bak tisis pHD.LINGUSTICS. DOA untuk bangsa kita....

    ReplyDelete
  3. Kajian harus dibuat daripada bahasanya contoh, melanao matu mengungkapkan "Jakak" untuk nai perahu atau tapi istilah yang sama juga digunakan untuk masuk rumah..maka kemungkinan besar ianya menyatakan bahawa asal usul mungkin dari keadaan rumah di pulau atau atas air atau duduk di tempat yang tinggi.pada zaman dulu..

    ReplyDelete
  4. yup ko setuju pendapat mo tetapi mengikut peredaran zaman bahasa melanau makin terpinggir sehingga kelo di lebel sebagi bangsa yang semakin pupus , bukan soal mato mak tetapi semuah aliran melanau supaya menjadi satu union yang menyatukan kaum melanau dgn daya intektual melanau itu sendiri.

    ReplyDelete