25 June 2011

Sudahpun DiLuluskan....!!!

Sekarang...saya serta rakan-rakan lain dalam Persatuan sudah dapat menarik nafas lega. Kerana, Perlembagaan Persatuan yang telah kami bincang, buat dan hantar telahpun di LULUSKAN oleh pihak berwajib....syukur alhamdulillah! Walaupun mengambil masa yang agak lama menunggu, tetapi apa yang kami tunggu selama ini memang berbaloi. Malah selepas ini, bolehlah kami sebagai Ahli Jawatankuasa Protem Persatuan menghebahkan berita gembira ini kepada rakan-rakan serta ahli persatuan semua.

Sebelum ini....sebelum Perlembagaan Persatuan kami diluluskan banyak perancangan yang telah kami rencana dan angan-angan yang kami pasang. Ada di antara ahli yang tidak sabar-sabar untuk melaksanakan perancangan tersebut. Ada pula antara ahli yang sering bertanya tentang perkembangan persatuan dan status perlembagaan yang telah dihantar. Hinggakan saya sendiri hampir segan untuk menjawab dan adakalanya saya tidak terjawab. Sebab itulah, bila sebaik sahaja mendengar berita dan menerima salinan sijil  pengesahan pendaftaran persatuan kami dari kawan saya yang berkerja di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara, tidak terkata rasa riang gembira dalam hati saya. Aminnnn......syukur alhamdulillah!! akhirnya!....kata hati saya.

Selepas ini bolehlah kami melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kemampuan, kehendak dan keperluan ahli-ahli persatuan. Inilah yang kami semua idam-idamkan selama ini. Bukan hanya sekadar untuk menjalankan aktiviti itu, tetapi juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan mewujudkan rasa kekitaan disamping menyatupadukan kami semua.

Walau bagimanapun, dengan wujudnya "Persatuan Masyarakat Matu-Daro Di Miri" saya sendiri sangat-sangat berharap agar semua masyarakat kami yang ada di sini akan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi demi untuk membangun masa depan masyarakat kami dalam pelbagai bidang pada masa hadapan. Justeru itu, saya memohon kepada rakan-rakan AJK dan ahli-ahli persatuan untuk sama-sama menyumbang tenaga dan masa supaya kami semua dapat berjalan seiring dengan persatuan lain yang ada di Bandaraya Miri ini.


No comments:

Post a Comment